Beri Cadangan Berubat Cara Islam, Nora Ariffin Dedah Pernah Terkena Sihir?

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mendedahkan pernah mengalami gangguan seperti amalan sihir.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memberi cadangan untuk mencuba perubatan Islam jika terkena sihir tersebut.

“Sihir itu memang wujud. Sihir pemisah juga memang real angkara dengki, hati busuk & kotor.

“Sesiapa yang pernah terkena, berubatlah dgn Darussyifa. Itu ikhtiar kita. In Shaa Allah,” ujarnya.

Sementara itu, dia memilih untuk berkongsi kerana dirinya pernah mengalami pengalaman sebegitu.

“Saya juga pernah lalui macam-macam, itu sebabnya terpanggil untuk bantu orang lain juga.

“Allahukbar.. Moga kita semua sentiasa dilindungi,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah terkena sihir pemisah.

Maya Basir