Nyanyian “Aku Healing Sampai Pagi” Secara Live Dikecam, Didakwa Tak Sedap Macam Rakaman… Ini Penjelasan Saixse

Penyanyi rap yang sedang meningkat naik, Saixse telah mendapat kecaman netizen ketika menyanyikan lagunya yang berjudul ‘Malampagi’ di sebuah acara.

Netizen memberi kecaman dan mendakwa nyanyiannya pada malam itu tidak sesedap seperti dalam rakaman.

Memetik artikel mStar, Saixse berkata dia tidak berkecil hati dan memandang positif dengan kecaman yang diberikan oleh netizen.

Dia turut menjelaskan kualiti vokal pada acara tersebut berkemungkinan berpunca daripada perasaan gementar ketika membuat persembahan.

“Saya tak rasa apa bila ada orang kritik, malah terhibur baca komen netizen. Namun perkara yang baik saya ambil positif dalam memperbaiki diri.

“Itu adalah pertama kali saya buat persembahan live, jadi nada agak lari ditambah dengan perasaan gementar berada di atas pentas,” katanya.

Untuk info, lagu Malam Pagi telah menjadi fenomena di kalangan pengguna media sosial kerana lirik yang lagu tersebut yang ‘catchy’ dan berkait dengan individu yang sedang melalui fasa ‘healing’.

Sumber: Mstar

Izzi Farhana