Beri ‘Hint’ Telah Putus Tunang, Netizen Minta Khazrul Pujuk Semula Zarina Anjoulie – “Di Dunia Tak Ada Yang Sempurna”

Umum mengetahui mengenai ikatan pertunangan pelakon Zarina Anjoulie dengan Datuk Seri Khazrul Elzey didakwa telah terlerai apabila masing-masing memuat naik hantaran berbentuk sedih dan pasrah.

Susulan berita tersebut, ramai dalam kalangan warganet memberikan nasihat dan mendoakan untuk mereka.

Sehubungan itu, menerusi hantaran di akaun TikTok Khazrul Ezrey, dia dilihat menzahirkan terima kasih kepada orang ramai.

“Assalamualaikum semua terima kasih atas asihat kepada saya. Saya hargai sangat-sangat. In Sha Allah jodoh pertemuan Allah tentukan.

“Biarlah keadaan tenang. Alhamdulillah, doa anda semua amatlah saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas budi dan bertambah rezeki kepada anda semua. Aamiin,” tulisnya.

 

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet meminta Khazrul untuk memujuk semula Zarina atau mesra disapa sebagai Anju.

Malah, ramai yang berharap hubungan mereka kembali bertaut.

Atiqah Johari