Berita Pernikahan Dengan Ira Kazar Jadi Bualan, Ini Harapan Ibu Syamsul Yusof Untuk Puteri Sarah – “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya”

Industri hiburan digemparkan dengan perkhabaran pengarah Syamsul Yusof yang selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Pengarah filem KL Gangster ini juga memohon agar isteri pertamanya, aktres Puteri Sarah Liyana dapat pulang ke rumah berbincang mengenai masalah perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pulang Ke Rumah Agar Dapat Bincang, Tak Perlu Hebah Di Media Sosial” – Selamat Bernikah Dengan Ira Kazar, Ini Pesanan Syamsul Yusof Kepada Puteri Sarah

Tidak berdiam diri, Sarah memberikan respons menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram.

“If Syaikhul & Sumayyah (anak-anak Syamsul dan Sarah) can give statement to the court, they will say, ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang & adik, not us’. Where is ayah selalu tak ada kat rumah?

“Syamsul Yusof, do not turn your stupidity towards me. Do not use Allah’s name to make u an angel di mata manusia,” tulis Sarah.

Ruangan komen hantaran terbabit dibanjiri dengan komen rakan selebriti yang memohon agar Sarah bersabar.

Ibu mentua Sarah, Datin Patimah Ismail turut meninggalkan respons di ruangan komen.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulis Patimah.

Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu dia akan memberikan respons terhadap berita pernikahan Syamsul dan Ira menerusi rakaman video.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.

Padin