Berjaya Bida Lukisan Ustazah Asni Mansor, Mimi Lana Sumbang RM3,600 Kepada Palestin

Pelakon Mimi Lana berjaya membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 sebagai tanda sokongan untuk disalurkan kepada negara Palestin.

Dipercayai, lukisan kanvas peta Palestin itu merupakan hasil tangan Ustazah Asni Mansor dan dibuka dengan harga RM3,000.

Menurut Ustazah Asni, kesemua wang yang diperoleh tersebut akan disalurkan ke Tabung Cinta Gaza.

Lelongan tersebut dilakukan di majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad pada malam Selasa.

Menerusi perkongsian Mimi di Instagram, dia mengatakan penganjuran majlis agama tersebut memberikan pengalaman indah buat dirinya.

“Thank you Betty Rahmad for having me and organizing Majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestin disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor.

“It was a beautiful sharing session and I really had a good time. Alhamdulillah,” ujarnya.

Selain Mimi, selebriti lain yang hadir ke majlis itu antaranya adalah Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose.

Maya Basir