Dah 3 Tahun Cerai, Atilia Haron Masih Berkawan Baik Dengan Bekas Suami… Kini Bercinta Dengan Pengarah

Penyanyi Atilia Haron memaklumkan dia sudah tiga tahun bercerai dengan bekas suami, Adam Sofian.

Menurut laporan Harian Metro, Atilia berkata hubungannya dengan bekas suami bagaimanapun masih lagi sebagai sahabat.

“Dah lama sebenarnya, iaitu sejak sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi.

“Tapi, saya dan Adam masih berkawan baik sebab masing-masing bekerja di dalam industri sama,” katanya.

Terbaharu, Atilia juga berkongsi bahawa dia kini sedang mengenal hati budi pengarah, Shimy Latif yang juga pengarah video muzik single baharunya, Cinta Sampai Mati.

“Ya, ada. Namanya Shimy Latif. Dialah yang mengarahkan video muzik single baharu saya, Cinta Sampai Mati ini. Saya dah kenal dia sejak dua tahun lalu.

“Dia adalah pengarah untuk video muzik, pengarah iklan online, dokumentari dan sebagainya. Dia orang industri, tapi seorang yang introvert.

“Alhamdulillah, dia memahami kerjaya saya dan kami pun masing-masing melihat hala tuju hubungan ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kekanda Adinda ini belum lagi merancang untuk membawa hubungannya itu ke fasa seterusnya.

“Mestilah semua orang nak berkahwin. Tapi, buat masa sekarang, kami tak rancang apa-apa lagi sebab saya nak fokus kepada kerjaya muzik saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Usia Begini Saya Tiada Anak & Suami” – Alami Fasa Pra-Menopaus, Atilia Haron Berdepan Kesunyian & Hampir Kemurungan

Sumber: Harian Metro
Khairil Khusyairi