“Cantiknya, Senyuman Sama” – Wajah Noor Nabila, Amelia Christie & Jebat Jayden Dipuji Seiras Persis Adik-Beradik!

Kakak kepada selebriti Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila berkongsi sebuah foto bersama anaknya, Jebat Jayden dan kekasih aktor Sharnaaz Ahmad, iaitu Amelia Lim di Instagram.

Menerusi muat naik tersebut, Nabila berkongsi foto selfie bersama Jayden dan Amelia yang dipaparkan di Instagram anaknya itu.

Di ruangan kapsyen yang dipercayai ditulis oleh Nabila mengucapkan terima kasih kepada Amelia kerana memasak untuk mereka.

“Thank you aunty Amelia masak untuk baby and mommy today,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah mereka bertiga seakan seiras dan seperti adik-beradik.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memuji Nabila seorang ibu yang sangat baik dan menghormati kekasih bekas suaminya itu.

Sebelum ini, Sharnaaz menjawab persoalan mengenai perancangan kahwin bersama Amelia, jelasnya dia tidak mahu terlalu memaksa keadaan dan ingin memberi ruang kepada kekasihnya untuk berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

Terdahulu, Sharnaaz secara terbuka memperkenalkan Amelia dalam kehidupannya ketika menghadiri tayangan media filem Polis Evo 3.

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Bukan Drive-Thru, Tapi I Drive To You!” – Romantis Hantar Air Kopi Ke Rumah Kekasih, Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie Dipuji Pasangan Paling Serasi!

Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

Artikel Berkaitan: Mahu Amelia Christie Berjaya Dalam Bisnes, Sharnaaz Tak Rancang Nak Berkahwin Lagi… Syukur Jebat Serasi Dengan Kekasih – “Tak Nak Berjanji Takut Menyakitkan”

Aqilah Paharuzi