[VIDEO] Nyanyi Lagu Dawai Secara Spontan, Mila Jirin Buat Ramai Terpukau – “Suara Maintain Macam Dulu, Sedap!”

Perkongsian penyanyi dan usahawan Mila Jirin mencuri perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Mila memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia mendendangkan lagu hits Dawai nyanyian asal penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan.

Biarpun menyampaikan lagu tersebut dengan spontan, nyanyian Mila berjaya memukau pengunjung dan warga maya.

“1st time nyanyi, bila tiba-tiba kena suruh nyanyi lagu ni.

“Ya Allah, memang tak ready tapi… terimalah seadanya,” tulisnya ringkas.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu berjaya meraih 1.2 juta tontonan dan lebih 75,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Ramai menyatakan kelunakan suara Mila tidak pernah berubah seperti dahulu.

“Suara mila memang sedaplah,” puji seorang pengikut.

“Tone suara Mila memang unik… suka serak basah, merdu nyaring semua ada,” komen warganet.

“Suara Mila maintain macam dulu, sedap didengar,” tulis seseorang.

“Ya Allah, sedapnya suara.. walaupun last minit tetap gempak sangat,” luah peminat.

Khairil Khusyairi