Berkahwin Kerana Ingin Berteman, Sabri Yunus & Angeline Tan Tidak Mahu Terbeban Besarkan Anak – “Tak Wajar Untuk Kami Hantar Anak Ke…”

Pelakon Sabri Yunus memberitahu dia dan isteri, Angeline Tan tidak merancang untuk memiliki zuriat pada usia yang sudah lanjut.

Memetik laporan Utusan, mereka hanya mahukan kehidupan yang tenang dan selesa tanpa terbeban dengan membesarkan anak.

“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.

“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Angeline juga bersetuju dengan Sabri memandangkan mereka sudah mempunyai zuriat sendiri.

“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.

“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” ujar Angeline.

Untuk rekod, Sabri dan Angeline mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober lalu selepas tiga tahun mengenali antara satu sama lain secara rapat.

Maya Basir