“Bermulalah Journey Bedrest…” – Madammu Kongsi Perjalanan IVF, Netizen Tegur Kurangkan Bermain Gajet

Usahawan dan pengasas kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu mula berkongsi perjalanannya membuat in vitro fertilisation (IVF), Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Madammu memaklumkan kini dirinya perlu menjalani fasa ‘bedrest’ selama dua minggu untuk menunggu perkembangan proses tersebut menjadi.

“Bermulalah #ladyofnoirmalaysia #noir #ivfjourney,” tulisnya.

@eriyca.baiduri Bermulalah #ladyofnoirmalaysia #noir #ivfjourney ♬ original sound – Noir

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan dan perjalanan IVF usahawan itu berjalan dengan lancar.

Namun, ada seorang individu berpesan kepada Madammu agar mengurangkan penggunaan gajet supaya dapat berehat secukupnya.

Madammu turut membalas komen tersebut dengan menyatakan dia memerlukan hiburan untuk dirinya agar tidak stress sepanjang tempoh berehat.

Fatin Nurain