Hiburan By: Padin December 20, 2022 @ 6:43pm

Bernikah 14 Disember Lalu, Julia Farhana Selamat Berkahwin Dengan Bekas Suami Lufya

Pelakon Julia Farhana Marin selamat mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.

Julia dan Che Hafiz mendedahkan berita gembira terbabit menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum buat semua. Alhamdulillah sesi akad nikah (ijab kabul) saya dan juga isteri Julia Farhana telah selesai dan berjalan dengan lancar,” tulis Che Hafiz.

Pasangan itu juga memohon maaf kerana tidak menjemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

“Di sini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan atas sebab sesi akad nikah ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan-Nya hingga ke Jannah,” tulisnya lagi.

Difahamkan, Che Hafiz dan Julia baru sahaja pulang berbulan madu di beberapa lokasi.

“Alhamdulillah, selepas selepas majlis pernikahan, kami terus berangkat untuk berbulan madu di beberapa tempat dalam negara Indonesia. Kami baru sahaja pulang hari ini.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Jika ada rezeki menimang anak, kami menerima dengan hati terbuka.

“Saya mohon doa orang ramai agar bahtera rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang sentiasa diberkati, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Sebelum ini, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Apr 2021
Trending Mon, 12 Feb 2018

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Lana Dan Suami Rancang Tunai Umrah Bersama

Lana Nordin syukur doa dimakbulkan untuk bersama suami tunai umrah berdua tahun hadapan

Trending Thu, 31 Dec 2020
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Nabil Mahir Tak Bagi ‘Ikat Peranakan’, Ayda Jebat Menangis Gara-Gara…

Min pun terharu dengar.. Sangat tak pentingkan diri suami Ayda ni

Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Thu, 13 Apr 2023