Berstatus Anak Pendakwah, Syafi Tee Jaga Nama Baik Ayah

Pelakon, Syafi Tee memberitahu dia harus berwaspada dalam karier seni lakonannya kerana mahu menjaga nama baik ayah sebagai agamawan terkenal.

Anak kepada pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah itu pernah membintangi drama Romantika 4 Hari 3 Malam dimana watak digalasnya mengundang kecaman penonton.

“Bercakap fasal itu, rasa bimbang sentiasa ada. Namun saya harus berwaspada kerana mahu menjaga nama baik ayah sebagai agamawan terkenal.

“Walau bidang apa sekalipun, ayah tidak kisah asalkan saya pandai jaga diri,” ujarnya.

Disoal mengenai pembabitannya dalam bidang seni, Syafi akui dia terbuka dan bersedia untuk meneroka pelbagai cabang seni yang ada di dalam industri hiburan tempatan.

“Peluang hanya hadir sekali sahaja bukan? Siapa tahu satu hari nanti dapat bergelar model pula.

“Ia merupakan pengalaman pertama saya sebagai model. Jujurnya, saya bangga dengan diri sendiri sebab dapat memperagakan koleksi pereka fesyen terkemukal dan disegani.

“Seronok apabila dapat sebaris dengan selebriti popular seperti Naim Daniel dan model ternama lain. Rasa kerdil pun ya juga sebab ketinggian saya cuma 174 sentimeter saja,” ujarnya.

Nama Syafi juga pernah menjadi bualan hangat warganet berikutan video Syafi berpelukan dan mencium seorang wanita tular di TikTok pada Mei lalu.

Syafi mula memasuki bidang seni lakonan sejak 2019 selepas menjadi peserta Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019.

Sumber: Boom Malaysia

Khairil Khusyairi