“Selera Makan Saya Kuat” – Risteena Tolak Dakwaan Sudah Berbadan Dua

Pelakon, Nur Risteena menolak dakwaan bahawa dirinya sudah berbadan dua.

Menerusi temu bual Melodi TV3, Nur Risteena atau nama lengkapnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas menjawab persoalan warganet tentang dirinya yang dikatakan sudah hamil dek kerana perubahan tubuh badannya.

“Tak berisi pun. Sebenarnya, saya kuat makan. Selepas kahwin ni selera makan saya kuat. Mungkin berat badan saya naik. 

“Saya belum hamil, saya mungkin berisi sekarang sebab saya ada selera makan yang banyak” ujarnya.

Disoal jika diberikan rezeki untuk berbadan dua, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu menjelaskan dia akan berkongsi tentang berita baik itu kepada peminatnya.

“Untuk memiliki anak itu adalah impian bagi setiap isteri, jadi kalau ada rezeki tu, kenapa saya tak kongsikan kepada semua?. 

“Insya-Allah saya akan kongsikan berita baik itu kepada semua, tetapi buat masa sekarang ni saya hanya naik berat badan. Saya kuat selera makan dan suami saya pun tak mengadu tentang itu,” jelasnya.

Ditanya adakah Risteena terkilan apabila sesetengah warganet mempersoalkan kebahagian yang dikecapi disamping suami tercinta, isteri kepada Isa Khan itu bekata dia tidak menyimpan sakit hati dengan sesiapa pun.

“Sejujurnya saya tidak terkilan, saya tidak terasa, saya tidak simpan hati dengan sesiapa pun. 

“Setiap orang ada hak untuk tidak suka sesiapa ataupun suka sesiapa. Saya tiada hak untuk paksa orang untuk suka saya.

“Kalau mereka tak suka saya, saya minta maaf, kalau ada kesilapan dari kami yang menyebabkan ada pihak yang tersinggung, sebenarnya saya hanya nikmati hidup bahagia saya bersama suami,” ujar Risteena.

Nur Risteena mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Isa Khan pada 12 Mac 2021.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi