Categories: HiburanTrending

Bertahun-Tahun Simpan Duit, Meerqeen Syukur Angan-Angan Miliki Mercedez Benz G-Class Jadi Kenyataan

Impian pelakon Meerqeen ingin miliki kereta mewah jenis Mercedez Benz G-Class tercapai hasil amalan menabung.

Mula berangan-angan untuk membeli kereta mewah itu sejak di zaman persekolahan lagi, dia mengakui telah bekerja keras bagi merealisasikan hasratnya itu.

“Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah memasang impian membeli kereta dan apa yang diperoleh ini adalah hasil kerja keras. Alhamdulillah saya berjaya capai impian itu.

“Semua ini adalah hasil duit menabung sejak mula bekerja. Apa yang saya usahakan adalah untuk diri dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Meerqeen, pembelian kereta tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kemewahannya.

Dia menyifatkan pembelian Mercedez Benz G-Class itu sebagai hasil titik peluh dan sudah dapat berdikari.

“Saya beli kereta itu bukan untuk memuaskan hati orang lain. Saya ada impian atau ‘goals’ yang saya tetapkan dalam perjalanan hidup saya.

Menurut Harian Metro, terdapat segelintir netizen yang mendakwa nilai sebenar kereta tersebut mencecah RM1.79 juta.

Menyangkal dakwaan tersebut, Meerqeen bagaimanapun mengatakan nilai asalnya tidak mencecah jumlah yang diperkatakan.

“Namun nilai harga kereta itu tidaklah mencecah RM1.79 juta seperti yang diperkatakan orang,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie