Categories: HiburanSelebriti

Bertuah Dapat Standing Ovation Di Asia Got Talent, 4 Gadis Malaysia Ini Memang Power

Sebut saja Asia’s Got Talent pastinya peserta yang hadir memiliki bakat luar biasa. Seterusnya tugasan dan tanggungjawab peserta juga haruslah mampu memikat hati juri yang dianggotai oleh Anggun, David Foster dan Jay Park. 

Namun, yang luar biasanya NAMA iaitu kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang wanita berhijab ini membuktikan Malaysia juga mempunyai bakat yang cukup istimewa dan cukup luar biasa.

Persembahan berdurasi 5 minit itu berjaya membuatkan ramai penonton berdiri dan bersoraksebaik sahaja NAMA selesai menyanyikan lagu Bad Romance daripada Lady Gaga.

Namun, nyanyian dan persembahan NAMA hanya mampu mencuri perhatian Anggun dan Jay Park sahaja. Manakala, David Foster menganggap persembahan yang ditunjukkan itu masih boleh diperbaiki.

Walaupun tidak mendapat undian penuh dari juri, bagi NAMA apa yang mereka cuba buktikan adalah wanita berhijab juga mampu untuk memberikan persembahan dan menyanyi dengan baik di pentas Asia’s Got Talent.
Menurut mereka, tanpa komitmen dan bakat, mereka sendiri tidak mampu untuk berkolaborasi bersama-sama di pentas pencarian bakat paling popular ini.
Jadi kepada peminat NAMA, jangan lupa untuk saksikan persembahan mereka di pentas semi final nanti okay! Mungkinkah persembahan mereka lebih baik kali ini? sama-sama kita nantikan!
Salma Syahbuddin

Recent Posts