Bertudung Ketika Live, Tetap Ditegur Tentang Aurat… Fatin Afeefa Sound Netizen – “Saya Tengah B*gel Ke?”

Sejak kebelakangan ini, apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh pelakon Fatin Afeefa pasti akan menjadi bualan warganet.

Terbaharu, Fatin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas dirinya ditegur oleh netizen tentang auratnya ketika membuat live di TikTok.

Menerusi video yang tular di platform itu, penampilan pelakon itu tetap dikritik biarpun dia sudah mengenakan tudung dengan cantik dan sopan sepanjang live itu berlangsung.

“Kalau sayang suami tutuplah aurat. Kakak, saya tengah bogel ke sekarang ni? Angin pula aku,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Fatin bagaimanapun tetap tenang dalam memberi respons biarpun kurang senang dengan komen yang diterima.

@babes_faa 🤣 #fatinafeffa #artismalaysia #fateen #fateen_coffe #dudukje #suamifatinafeefa #suamiistribahagia ♬ original sound – Fatinafeefa🦋

Terdahulu, menerusi live yang sama Fatin turut ditegur oleh netizen berkenaan memberi keizinan buat bekas suaminya, Adam Shahz untuk bertemu anak mereka, Ivy Herra Sophia.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Gesa Fatin Afeefa Bagi Bekas Suami Jumpa Anak, Ini Respons Padu Empunya Badan – “You Nak Surat Lawyer Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas Sering Dirakam Ketika Keluar, Fatin Afeefa Beri Teguran Buat Netizen – “Gila Korang Ni Memang Tak Hormat”Sejak kebelakangan ini, apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh pelakon Fatin Afeefa pasti akan menjadi bualan warganet.

Terbaharu, Fatin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas dirinya ditegur oleh netizen tentang auratnya ketika membuat live di TikTok.

Menerusi video yang tular di platform itu, penampilan pelakon itu tetap dikritik biarpun dia sudah mengenakan tudung dengan cantik dan sopan sepanjang live itu berlangsung.

“Kalau sayang suami tutuplah aurat. Kakak, saya tengah bogel ke sekarang ni? Angin pula aku,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Fatin bagaimanapun tetap tenang dalam memberi respons biarpun kurang senang dengan komen yang diterima.

Terdahulu, menerusi live yang sama Fatin turut ditegur oleh netizen berkenaan memberi keizinan buat bekas suaminya, Adam Shahz untuk bertemu anak mereka, Ivy Herra Sophia.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Gesa Fatin Afeefa Bagi Bekas Suami Jumpa Anak, Ini Respons Padu Empunya Badan – “You Nak Surat Lawyer Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas Sering Dirakam Ketika Keluar, Fatin Afeefa Beri Teguran Buat Netizen – “Gila Korang Ni Memang Tak Hormat”

Fatin Nurain