Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

Nama pelakon jelita, Uqasha Senrose heboh menjadi sebutan ramai di media sosial selepas individu mengakui rakan sekelasnya 15 tahun lalu mendedahkan pernah menjadi mangsa buli aktres ini.

Berdasarkan beberapa ciapan di Twitter, individu dikenali sebagai Alya menganggap air mata Uqasha yang mengalir ekoran ujian terhadap kecederaan suaminya, Kamal Adli hanyalah drama semata.

“What goes around, comes around. Don’t be folled with her crocodile tears. This bitch used to bully me in high school. I was so depressed and suicidal until I had to move to another school to take my Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). I won’t forgive her.

“Dia buli mentally and boleh kira as sexual assault juga since she touched my chest without consent. I’m stress out with school and by form 3 I was diagnosed with lupus,” dedahnya.

Menjengah ke ruangan Twitter aktres Rindu Aku Separuh Nyawa itu, Uqasha meluahkan rasa terkejut atas tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh individu berkenaan.

“Allahuakbar.. MasyaAllah, Subhanallah.. Lepas apa jadi yang sangat besar pada suami. Ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli.. Dengan satu gambar tu saya dah dicop sebagai pembuli.. Siapa yang tengah buli mental siapa ni?

“Dengan keadaan macam ni baiklah saya focus on my husband and myself. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma. dan difitnah sebagai pembuli. Allahuakbar,” tulisnya.

Menerusi ciapan lain, difahamkan isu ini bakal disiasat oleh pihak berkuasa serta dianggap sebagai satu fitnah yang melampau terhadap Uqasha.

Aqilah Paharuzi