Terlalu Berisiko! Madammu Reda Terpaksa Jalani Proses Bersalin Czer – “Tak Ada Rezeki  Nak Bersalin Normal”

Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mendedahkan bahawa dirinya tidak dapat untuk bersalin secara normal kerana menghidapi masalah kehamilan berisiko tinggi.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Madammu bagaimanapun bersyukur dan reda menerima keputusan pihak hospital asalkan bayi dalam kandungannya selamat dan sihat.

“Alhamdulilah hari ini Madammu & TP dah dapat date untuk Czer!

“Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin secara normal kerana doktor kata terlalu berisiko ‘High Risk Pregnancy. Tidak mengapa asalkan dapat baby pun dan bersyukur,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Madammu juga kelihatan tenang di samping suaminya, Muhammad Azri Che No yang sentiasa berada disisi sepanjang menjalani proses  in vitro fertilization (IVF).

@madammu1Alhamdulilah hari ini Madammu & TP dah dapat date untuk Czer! Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin Normal kerana Dr kata terlalu berisiko untuk Madammu kerana Madammu High Risk Pregnancy. Tak apa la. Dapat Baby pun dah bersyukur sangat apa yang penting Madammu & Baby Selamat. Doakan Madammu semua ya. Dah tak sabar nak jumpa Baby A.♬ Youre Still the One (Cover) – WIDYA SUKMA

 

Terdahulu, Madammu kerap berkongsi perjalanan in vitro fertilization (IVF) di media sosialnya dan pada 11 Oktober tahun lalu, dia mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang… I Nanti Kalau Dah Beranak, Tak Nak Basuh Berak Baby” – Celoteh Madammu Curi Perhatian

 Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mendedahkan bahawa dirinya tidak dapat untuk bersalin secara normal kerana menghidapi masalah kehamilan berisiko tinggi.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Madammu bagaimanapun bersyukur dan reda menerima keputusan pihak hospital asalkan bayi dalam kandungannya selamat dan sihat.

“Alhamdulilah hari ini Madammu & TP dah dapat date untuk Czer!

“Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin secara normal kerana doktor kata terlalu berisiko ‘High Risk Pregnancy. Tidak mengapa asalkan dapat baby pun dan bersyukur,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Madammu juga kelihatan tenang di samping suaminya, Muhammad Azri Che No yang sentiasa berada disisi sepanjang menjalani proses  in vitro fertilization (IVF).

 

Terdahulu, Madammu kerap berkongsi perjalanan in vitro fertilization (IVF) di media sosialnya dan pada 11 Oktober tahun lalu, dia mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang… I Nanti Kalau Dah Beranak, Tak Nak Basuh Berak Baby” – Celoteh Madammu Curi Perhatian

 

Salma Syahbuddin