“Better Stop Kalau Tak Nak Saya Keluarkan Kata-Kata Kesat” – Jadi Mangsa Body Shaming, Nabila Huda Bagi Warning!

Budaya ” body shaming”  di kalangan kita kini menjadi kebiasaan ramai orang tidak kira melalui media sosial atau di luar .

Ramai yang tertekan apabila terpaksa berdepan dengan kritikan seperti dikritik  akibat berat badan, dediskriminasi kerana warna kulit dan sebagainya.

Terbaru, pelakon Nabila Huda juga tidak lari daripada menjadi mangsa ” body shaming”, menerusi laman Instagramnya,  beliau  meluahkan perasaan marah dan  apabila dikritik kerana berat badan. 

“Saya bagi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang suka membanding-bandingkan bentuk badan saya. Lebih baik awak berhenti kalau tidak mahu saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga.

“Awak kenal saya, tetapi sebenarnya awak tidak tahu siapa saya yang sebenarnya. Saya bersuara mewakili, sama ada lelaki dan perempuan yang melalui benda ini (fizikal dihina),” katanya.

Nabila juga meminta mereka yang mengkritiknya berhenti daripada membuat perbandingan mengenai bentuk fizikal seseorang.

“Tidak kira macam mana rupa kita, rambut kita, kulit kita dan bentuk badan kita, setiap orang dilahirkan cantik dengan cara mereka sendiri. Berhenti membanding-bandingkan,” jelasnya.

Terus berusaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu tersebut, Nabila berkongsi status di Instagramnya dengan mengatakan bahawa beliau memiliki banyak kelebihan lain dan sempat berjenaka bahawa beliau dilahirkan popular dan memiliki penyanyi lagenda, Amy Search sebagai bapanya.

“Saya gemuk, tapi saya berkahwin, ada suami dan anak. Saya ada rumah, boleh memasak, bahagia, ada kerjaya.

“Saya adalah pemenang aktres terbaik, kulit saya cantik, saya ketawa siang dan malam, hidung saya mancung, bibir saya seksi dan saya dilahirkan popular,” tulisnya dalam Instagram.

Tambahnya lagi, beliau turut memiliki tujuh ekor kucing, dua buah kereta dan motosikal serta disayangi semua orang.

“Bapa saya Amy Search (penyanyi terkenal). Awak ada? Awak tidak ada apa-apa,” katanya.

Perkongsian beliau mendapat perhatian daripada ramai selebriti dan peminat yang menyokongnya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”