Betul Ke Kaer Dan Amylea Tak Ngam?

Nama penyanyi Amylea Azizan dan Kaer Azami semakin melonjak naik apabila lagu tema drama bersiri, Nur iaitu Tak Pernah Hilang menjadi siulan ramai ketika drama itu ditayangkan.

Namun baru-baru ini, mereka berdepan pelbagai dugaan demi memastikan showcase mereka yang berlangsung di Hard Rock Cafe dapat  memuaskan hati semua peminat yang hadir.

Menurut Kaer, pelbagai rintangan yang telah diharungi oleh mereka berdua pada saat akhir selain timbul isu mereka berdua tidak sependapat dari segi pemilihan lagu serta ditimpa demam selama seminggu ketika latihan sedang giat dijalankan.

Namun, mereka berjaya mengetepikan semua itu bagi memastikan persembahan showcase mereka berjalan lancar.

“Kami banyak berselisih faham, terutama dari segi pemilihan lagu, tetapi ia tidak berlarutan. Alhamdulillah, masing-masing memahami antara satu sama lain kerana impian kami sama – mahu memberikan yang terbaik.

“Amylea banyak menolak cadangan lagu yang ingin saya nyanyikan. Dia sebaliknya mahu saya menyanyi lagu yang dapat mengubat kerinduan peminat kerana sudah 13 tahun kami menanti untuk menjayakan showcase ini.

“Namun, semua itu berbaloi apabila persembahan ini mendapat sambutan baik peminat. Saya berpuas hati, malah tidak menyangka ramai peminat hadir memberikan sokongan.” Katanya

Sementara itu, Amylea akui, dia agak gementar kerana bimbang konsep persembahan yang dirancang tidak berjalan lancar.

“Bayangkan sebelum persembahan, saya dan Kaer berulang-alik di belakang pentas kerana terlalu gementar. Memikirkan banyak dugaan yang dilalui ketika latihan, pelbagai perasaan menyelubungi.

“Disebabkan mahu memberikan persembahan terbaik, kami sanggup berlatih sehingga awal pagi. Mujur segala yang dirancang menjadi kenyataan.” Kata bakat yang dilahirkan menerusi program realiti

Dihadiri lebih 400 penonton yang terdiri daripada peminat Kaer dan Amylea, showcase itu turut membariskan himpunan lagu popular seperti My Boo, Sinaran, Satu, Best Part dan Manusia Kuat selain lagu popular Kaer, Tak Pernah Hilang.

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan dua ikon balada bersuara merdu ini.

Well done!

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

Ad Ops