Patutlah Malu-Malu, Dah Kahwin Rupanya…

Wajah penyanyi popular Ed Sheeran dikatakan kemerahan dek malu-malu ketika ditanya tentang soal perkahwinan.

Menurut The Sun, pelantun lagu Perfect ini dilaporkan sudah menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya bernama Cherry Seaborn.

Pasangan ini dikatakan sudah berkahwin apabila sesi temubual bersama Access Online,  penyanyi berusia 27 tahun ini turut menunjukkan cincin perkahwinannya.

Ketika ditanya tentang perjalanan majlis perkahwinan, tarikh dan lokasi, Ed menjawab dengan tenang dia sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya.

“Saya sangat tertutup dan tidak pernah mendedahkan hal peribadi kepada umum.” ujar Ed ketika ditanya tentang perkahwinan pernyanyi itu.

Bagaimanapun, pasangan ini belum memberikan sebarang komen tentang berita gembira itu.

Ed Sheeran dan Cherry Seaborn bertunang pada akhir tahun 2017 dan mengumumkan pertunangan itu di akaun Instagram miliknya.

SGMS Faida