Betul Ke Reza Rahadian Aktor Nombor Satu Di Indonesia?

Pelakon Indonesia, Reza Rahadian menafikan dirinya adalah aktor nombor satu di negara itu.

Perkara ini dikongsi menerusi tembual program Nebeng Boy yang ditayang di laman Youtube Boy William.

Menurut Reza, gelaran itu kurang tepat untuk diberikan kepadanya.

“Nombor satu itu banyak sangat musimnya. This year can be number one, next year can be not number one,” katanya.

Akui hero filem My Stupid Boss ini, dia tidak mungkin selamanya di atas.

“Saya tidak pernah rasa berada di tempat teratas dalam hal apa pun.

“Segala apa yang saya ada semua hasil kerja keras sejak dahulu lagi.

“Setiap kali ditanya ‘Adakah anda berasa bahawa anda aktor nombor satu di Indonesia’, itu pertanyaan yang saya tidak mampu jawab,” jelasnya.

Boy William dengan pantas mencelah,’Okay aku yang jawab buat kamu ‘Yes…you are number one actor in Indonesia’.

Dalam pada itu, Reza turut mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.

Korang pula rasa macam mana?

SGMS Faida