“Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang” – Sophia Albarakbah Jawab Tuduhan Menipu & Dakwaan Kaki Putar Belit?

Susulan namanya kembali hangat diperkatakan, pelakon sensasi, Sophia Albarakbah bagaimanapun kelihatan tenang menjawab dakwaan yang mengatakan dia menipu dan memutar belit kenyataan yang diberikan kepada media baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Sophia kelihatan memuat naik semula tangkap layar temu bualnya bersama media yang dikongsikan oleh kelab  peminatnya, @Sophiaalbarakbah.fc.

“Biar orang buat kita, jangan kita buat orang,”katanya.

Difahamkan, kenyataan itu ditulis bagi menjawab dakwaann yang diberikan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebelum ini mengenai kehadirannya pada program nyanyian popular pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukankah Patut Jaga Hati Isteri Lagi Penting”- Bella Astillah Sentap Kenyataan Aliff Aziz Isu Babitkan Sophia Albarakbah?

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Albarakbah Penat Berlakon Dengan Suami Orang – “Saya Tak Sondol Sesiapa Ya”

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi akaun rasmi kelab peminatnya, video temu bual tersebut turut dimuat naik semula sebagai tanda sokongan peminat terhadap Sophia.

“PrincessBoss cakap, Biar org buat kita, jangan kita buat orang. Kami yang menurut perintah @sophiekoshka ❤️

“Hujung cerita kita tengok lah siapa yang memutar belit dan sape yang terbelit!,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Terdahulu, Sophia menafikan bahawa dia hadir ke sebuah program nyanyian untuk menonton persembahan pelakon, Aliff Aziz.

Namun, isteri kepada pelantun lagu Sayang Sayang itu mendedahkan bahawa kenyataan yang diberikan Sophia adalah tidak benar selain nama aktres itu juga tidak tersenarai dalam senarai tetamu program tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Puji Bella Astillah Lebih Matang, Aliff Aziz Takkan Berlakon Dengan Sophia Albarakbah Lagi – “Dia Hanya Ingin Terbaik Untuk Saya”

 

Salma Syahbuddin