Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Elak Masak Sambal Sotong Selama 9 Bulan – “Ini Lauk Kegemaran Dia…”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia mengelak untuk memasak hidangan sambal sotong selama sembilan bulan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Shuhada mengambil masa itu kerana takut akan menangis semasa menyediakan lauk kegemaran bekas suaminya.

Namun kini, dia sudah mampu untuk kembali untuk memasak hidangan tersebut tanpa rasa sedih lagi.

“Fuhhh after 9 months baru boleh cook this dish, sebab this is his favourite dish. If I yang masak, bukan apa takut nanti I masak sambil ada perisa air mata pulak.

“Oh oh but right now, korang nak suruh I masak catering sambal sotong pun boleh,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Shuhada tidak bermaksud untuk bercakap besar tetapi dia turut berpesan untuk memberi tumpuan mendalami ilmu agama.

“Bukan nak cakap besar dah move on ke apa, tapi nak bagitahu yang Allah Maha Hebat, Dia Maha membolak balikkan hati manusia.

“Hari ni you sayang dia, dia sayang you. Esok esok belum tentu lagi. So, tak perlu nak kejar sangat cinta you tu coiii, let’s kerja cinta Allah together,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

Maya Basir