“Biarkan Mereka Menghakimi…” – BCL Pertahan Suami, Harap Tiko Terus Jadi Baik

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL membuat perkongsian di media sosial seolah-olah mempertahankan suaminya, Tiko Aryawardhana.

Menerusi muat naik di Instagram Stories, Bunga atau lebih dikenali BCL itu memberikan kata-kata semangat kepada Tiko sempena ulang tahun kelahiran.

Tulis BCL, dia berharap suaminya itu akan terus menjadi terbaik tanpa mengambil pandangan daripada mana-mana pihak.

“Biarkan mereka menghakimi kamu. Biarkan mereka salah faham. Biarkan mereka bergosip tentang kamu.

“Pendapat mereka adalah bukan masalah kamu. Kamu terus jadi baik, komited dengan cinta dan bebas dalam diri sendiri.

“Apapun yang mereka lakukan dan katakan, jangan sesekali kamu ragu dengan nilai atau kecantikan yang ada pada kamu.

“Teruskan bersinar seperti apa yang kamu lakukan,” tulisnya.

Dalam muat naik sama, BCL turut mengucapkan selamat ulang tahun buat Tiko.

Terdahulu, timbul dakwaan apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan BCL dan Tiko sakan meraikan majlis ‘after party’ dengan meminum minuman keras.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap rakaman tersebut dengan mengecam tindakan pasangan tersebut yang dilihat keterlaluan.

BCL sah menjadi isteri kepada, Tiko Aryawardhana di sebuah resort mewah, Amankila, Bali, pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noah, 13.

Namun, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Tiko pula pernah bernikah dengan seorang wanita bernama Arina pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: BCL Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawardhana

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tular Video Didakwa Teguk Arak Bersama Tiko, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan BCL

ARTIKEL BERKAITAN: “Penyebab Perbalahan Adalah Berpunca…” – Kisah Perceraian & Hutang Suami Baru BCL Terbongkar?

Khairil Khusyairi