“Nak Hidup Senang, Kipas Kena On 24 Jam… Baru ‘Seat’ Bertahan” – Rita Rudaini

Perkongsian pelakon Rita Rudaini sekali lagi menjadi perhatian apabila membuat hantaran di media sosialnya, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram, Rita memuat naik kenyataan berbentuk tersirat seolah-olah mempersoalkan tindakan sesetengah pihak.

“Kalau rumah tu rosak, pecah, bocor sana sini, memang patut kena panggil kontraktor baik pulih.

“Tapi sekarang ni lain.. rumah yang elok cantik pula yang kena ubah suai, tukar itu, tukar ini.

“Hmm nasiblah, dah buruk, makin bertambah buruklah. Ke tunggu hancur berkecai?,” kias Rita.

Tambah Rita, dia turut mempersoalkan apakah tindakan pihak tertentu itu adalah menjadi lumrah masa kini untuk terus diterima.

“Trend ke sekarang? Yang busuk di simpan ditatang?

“Nak hidup senang, kipas kena on 24 jam.. kena join group ‘rescue’ baru ‘seat’ bertahan…,” tulis Rita lagi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet dapat memahami dan menerima perkongsian yang dibuat oleh ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Jadi Mangsa Sihir Angkara Dengki? – “Selagi Saya Hidup, Selagi Itu Dia Tak Tenang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Boleh Atas Katil Pun Nak Tunjuk” – Kongsi Kebahagiaan Sampai Leka Dengan Pujian Manusia, Rita Rudaini Beri Pesanan

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Jadi Mangsa Sihir, Rita Rudaini Serik Hadap Jenis Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’ – “Cukuplah, Biar Saya Berkawan Baik Dengan Anak-Anak”

Khairil Khusyairi