“Biarlah Di Mana Pun, Yang Penting Pernikahan Ini Sudah Terjadi” – Tom Kongsi Foto Bahagia Bersama Fuad Rahman

Selepas mengumumkan pernikahannya bersama Fuad Rahman, penyanyi Tom tampil berkongsi gambar mereka dalam persalinan pengantin, semalam.

Cantik dan segak berpakaian serba putih, momen majlis pernikahan yang berlangsung di Batam, Indonesia itu dikongsikan menerusi Instagram Story (Igs) miliknya.

Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa gembira kerana urusan tersebut berjalan dengan lancar.

“Yay, dah sah. Pasni pegang-pegang dah tak kena marah dah,” katanya.

Terdahulu, Tom memaklumkan dia mempunyai sebab tersendiri mengapa majlis itu diadakan di negara seberang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam perkongsian lain, Tom turut menyatakan ibunya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan tersebut untuk meraikan hari bahagianya kerana sibuk.

“My mom tak dapat datang, mak busy. Just video call je. Takpe, janji restu tu penting. Love you mak, tersangat-sangat mak,” katanya.

Terbaharu, Tom juga sempat memuat naik gambarnya bersama Fuad yang akan berangkat pulang ke Malaysia untuk menyambut perkahwinan mereka bersama anak-anaknya.

“Nak balik Malaysia dah. Tak sabar nak balik nak celebrste dengan anak-anak. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai di sini. Biar la di mana pun, yang penting pernikahan ini sudah terjadi. Kami dah officially suami isteri,” katanya.

 

 

Fatin Nurain