“Biarlah Gemuk, I Don’t Care” – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose tampil meraih perhatian warganet selepas videonya sedang makan tular menerusi platform TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular itu, Uqasha menyatakan dia selalu berhasrat untuk diet biarpun dirinya kerap makan.

Terdahulu, penampilan aktres jelita itu dikatakan semakin berisi selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Kamal Adli.

“Saya ni duk kata nak diet, tapi tak diet juga. Duk makan. Takkan tak makan, makanan sedap. Takkan nak membazir. Perut lapar. Baik makan sekarang. Ni lauk tengah hari tadi, still boleh makan. Biarlah gemuk, I don’t care,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya menyarankan pelakon itu tetap makan sementara masih boleh menikmatinya.

 

Fatin Nurain