Categories: HiburanSelebriti

Bibir Seksi Izara Aishah ‘Palsu’ Rupanya?

Siapa sahaja yang melihat pelakon cantik ini pasti sahaja akan terpegun dengan pesonanya. Lantas, Izara Aishah adalah salah satu artis yang menjadi favourite lensa kamera dimana sahaja beliau berada. 

Namun, baru-baru ini Izara tampil membuat pengakuan berkenaan pendedahan berani beliau berhubung rawatan kecantikan bibirnya. What?

Menerusi pengakuan yang dibuat dilaman twitter pelakon Vanilla Coklat ini, Izara Aishah mengakui melakukan rawatan tersebut untuk tampak berbeza dari sebelum ini. Namun, menurutnya, rawatan ini bukanlah kekal kerana ianya akan bertahan selama 6 bulan sahaja. 

Takut dikecam apabila memberitahu soal rawatan bibirnya, peminat bagaimanapun masih memuji kecantikan beliau disamping memberikan nasihat buat artis kesayangan mereka ini.

Apapun, tindakan izara yang berterus terang dan tidak berselindung ini disambut baik oleh rata-rata peminatnya termasuklah admin sendiri. Yasss!

Salma Syahbuddin