“Big Superstar Rupanya Isteri Saya Ni!” – Konsert Di Macao ‘Full House’, Ubai Terkejut Sambutan Peminat Shila Amzah Luar Biasa

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ terkejut apabila isteri tercintanya, penyanyi terkenal Shila Amzah mendapat sambutan luar biasa ketika menjadi penyanyi jemputan di luar negara.

Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah tidak menyangka Shila seorang penyanyi yang amat terkenal di China.

Menerusi perkongsian di platform X, Ubai yang pertama kali menemani Shila membuat persembahan di luar negara berkongsi video nyanyian isterinya itu di Macao sempena sambutan Raya Cina.

“Hari ini baru aku tahu, wife aku ni Big Superstarrrrr! First time ikut wife perform dekat luar negara. Bodyguard ramai and audience full house. Harini concert di Macao, bulan tiga di China.

“Konsert ni sempena CNY, dekat The Londoner, Macao,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meminta pelantun lagu popular Patah Seribu itu untuk terus memberi tumpuan melebarkan sayapnya di negara tersebut.

Malah, netizen turut memuji Shila seorang selebriti yang sangat merendah diri, meskipun dia juga merupakan penyanyi antarabangsa.

Sekadar info, Shila kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan keduanya bersama Ubai pada 5 Ogos 2023.

Artikel Berkaitan: Pintu Bilik Dicakar & Digegar, Shila Amzah ‘Diusik’ Ketika Inap Di Langkawi – “Ubai Jengah Kat Tingkap Tapi…”

Artikel Berkaitan: “Salah Pilih Suami & Keluarga Suami Memang Naya Hidup”- Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Mahu Hidup Bersederhana, Shila Amzah Perjelas Isu Jual Rumah Banglo – “Saya Dan Ubai Nak Mendidik…”

Aqilah Paharuzi