Marissa Dania Nak Sertai Bisnes Tapi Introvert Dikritik Ramai, Respons Sharnaaz Ahmad Pula Curi Perhatian

Baru-baru ini, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim mahu membuat bisnes sekiranya dia bukan pempengaruh.

Pengakuan Marissa itu menerima pelbagai respons netizen yang mengkritik kenyataan itu seakan tidak seiring dengan perwatakannya yang juga seorang introvert.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelakon dan selebriti sensasi, Sharnaaz Ahmad turut memberi respons di hantaran portal hiburan memaparkan berita Marissa ingin buka bisnes meskipun introvert.

“Sharnaaz ahmad seorang yg convertibles.. kadang kadang sedan..

“Malam minggu jadi aerobek,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen terhibur terhadap respons Sharnaaz yang dianggap bersahaja dan spontan itu.

Terdahulu, nama Marissa hangat menjadi bualan ramai di platform media sosial selepas didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam sehingga bercerai bersama isteri pertama jejaka tersebut, Umisya Mazlan pada September lalu.

Bagaimanapun, Misya dan Aslam kembali rujuk ketika masih dalam edah.

Susulan itu, Marissa dan Aslam menjalin semla hubungan cinta selepas kontroversi berkenaan mereka mula reda.

Berita perkahwinan mereka disahkan oleh kakak Misya iaitu Nadiah Mazlan memaklumkan mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Marissa.

Lebih menyedihkan, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa dimaklumkan kepada Misya ketika dia sedang menunaikan ibadab Umrah.

Bagaimanapun, Misya seakan reda apabila rumah tangganya diuji sedemikian dan berterima kasih kepada ramai pihak atas doa dan kata-kata semangat kepadanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui Introvert, Marissa Dania Hakim Minat Bisnes – “Kalau Saya Tak Jadi Pempengaruh…”

Artikel Berkaitan: “3 Yang Mana Tu? Madu Ke Anak?” – Kongsi Pengalaman Hamil & Bersalin Dua Anak, Umisya Sempat Bergurau Soal Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Misya Kongsi Perkembangan Terkini Adik, Siap Muat Naik Ceramah UAI Berkaitan Isu Kahwin Lari Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Mata Orang Tidak Akan Pernah Lelah Menilai Kekuranganmu” – Abby Abadi

Aqilah Paharuzi