Bimbang Gejala Sosial, Lah Ahmad Banyak Titip Pesan Kepada Anak Remaja Perempuan – “Bercakap Tentang Masalah Dia Walaupun…”

Pelakon dan penyanyi, Lah Ahmad tidak menafikan sedikit bimbang apabila membesarkan anak remaja perempuan, Amirah kini berusia 14 tahun.

Menurut pelantun lagu Kau Tercipta itu, Lah berkata aspek utama dalam membesarkan anak remaja adalah dari segi berkomunikasi antara ibu bapa.

“Anak remaja ni dia nak ada rentak dan bentuk sendiri, kadang-kadang bila dia ada masalah sebagai bapa kita step-in bimbing dia.

“Lebih-lebih lagi apabila dia lost, masih figuring out. Saya dan isteri tak halang anak untuk buat apa dia nak.

“Kalau ada perkara yang tak boleh dilakukan, kita akan tegur dan beri penjelasan. Saya sokong anak saya dalam setiap perkara melalui cara yang baik,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Lah tidak mahu anaknya mempelajari perkara aneh daripada rakan-rakan, sebaliknya memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pelbagai perkara meskipun berkaitan hal kewanitaan.

“Awal-awal anak saya nak ada phone pun saya cakap media sosial ni macam mana. Bila kita post apa yang kita dipertanggungjawabkan dengan setiap post itu.

“Kadang-kadang mak bapak ada yang tak suka bercakap dengan anak-anak jadi mereka terpaksa belajar dari kawan-kawan.

“Saya kalau boleh nak anak saya perempuan ni bercakap masalah dia. Dia malu macam mana pun kena bercakap juga untuk elak dia belajar daripada orang luar.

“Supaya anak tak rasa kekok, dia tahu bawak diri. Paling utama dalam sebuah keluarga tu adalah pergaulan antara anak dan ibu bapa, baru bila mereka keluar rumah insya-Allah perangainya elok,” katanya lagi kepada XTRA.

Sekadar info, Lah dan isteri Yasrina Yusoff mempunyai tiga cahaya mata, Amirah, 14, Adam, 12, yang disahkan menghidap ‘mild Autism’, serta Azim, 9.

Artikel Berkaitan: Lakon Babak Tidak Senonoh, Netizen Luah Rasa Kecewa Pada Lah Ahmad? – “Frust! Imej Berislamik Tapi Sanggup Terima…”

Artikel Berkaitan: Ramai Bandingkan Anak Abby Abadi & Kasih Iris Leona, Ini Reaksi Azhar Sulaiman – “Bukan Lebih Pandai, Cuma Bernasib Baik Allah Tak Uji Lebih Besar…”

Aqilah Paharuzi