Bimbang Risiko Bersalin Di Indonesia, Uyaina Arshad Tolak Tawaran Hos Program Akademi Sahur

Selebriti, Uyaina Arshad menolak tawaran menjadi menjadi hos untuk produksi Indonesia menerusi program Akademi Sahur yang bakal berlangsung pada Ramadan ini.

Uyaina menjelaskan dia menolak pelawaan tersebut demi menjaga keselamatan kandungan anak keduanya yang sudah memasuki trimester kedua.

“Saya dapat tawaran untuk jadi hos program Akademi Sahur. Setiap tahun saya mengacarakan program ni dan bila pandemik berhenti program ni dah tiada.

“Setelah tiga empat tahun progam ini kembali. Pada awalnya saya terima sebab kandungan anak kedua masa tu baru tiga empat bulan, masih okey.

“Pihak mereka tak kisah saya mengandung, dan suami tak pernah menghalang saya kerana tahu tahap kemampuan diri saya.

“Tetapi semakin dekat tarikh nak menjelang Ramadan dalam beberapa hari lagi saya terpaksa tolak tawaran itu kerana risau sekiranya apa-apa perkara berlaku memandangankan kandungan saya ketika itu sudah mencecah lapan bulan,” ujarnya.

Sementara itu, hos program Wanita Hari Ini (WHI) juga mengakui berat hati untuk menolak tawaran tersebut kerana pihak produksi Indonesia amat menjaga keselesaannya dengan baik.

“Program tu sangat menarik, mereka sangat menjaga saya. Bayaran pun bagus, berikan saya tempat tinggal selama sebulan program tu berlangsung, pemandu, penata gaya dan jurusolek.

“Mereka sangat hargai saya di sana. Semestinya ada rasa berat hati, tapi kerana memikirkan anak dalam kandungan, diri sendiri yang perlu menjalani pantang dengan betul, jadi saya tak mahu ambil risiko,” katanya lagi.

Uyaina berkata demikian ketika ditemui di acara Ariani Lebaran Fashion Show 2024 pada Rabu.

Sebelum ini, nama Uyaina meledak di persada Indonesia selepas mengacarakan program Dandung Academi Asia musim ke-6.

Artikel Berkaitan: “Saya Memang Anak Kampung Dan Saya Bangga”-  Uyaina Arshad Selar Tindakan Netizen Mulut Jahat

Artikel Berkaitan: Terkejut Terima Hadiah Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri, Uyaina Arshad Nak Simpan Jadi ‘Ibu Duit’

Artikel Berkaitan: Terima Tawaran Jadi Pengacara DAA Ke-6, Uyaina Arshad Bawa Anak Menetap Di Indonesia Selama 3 Bulan – “Dia Yang Suruh Saya Pergi…”

Aqilah Paharuzi