BKM 2022: Kaedah Bayaran BKM Bagi Mereka Yang Ada ATAU Tidak Ada Akaun Bank

Inisiatif kerajaan dalam melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah terutamnya dalam fasa membaik pulih sumber pendapatan dan kewangan keluarga setelah berdepan krisis penularan wabak Covid-19.

Malah, ia turut memberi manfaat kepada isi rumah, B40, M40, warga emas dan golongan bujang.

Untuk makluman, BKM akan disalurkan secara berperingkat dengan melalui 4 fasa. Dan, kadar bayaran yang akan diterima juga berbeza mengikut kategori penerima bantuan.

Kaedah bayaran BKM 2022

Kaedah pembayaran bagi penerima yang layak adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai Akaun Bank

  • Berjaya Kredit: Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mengikut tarikh yang dimaklumkan
  • Gagal Kredit: Akaun tidak aktif & Akaun tutup (bayaran boleh diterima menerusi kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

   2. TIDAK Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran boleh dituntut di kaunter BSN (Wang BKM 2022 boleh dituntut di cawangan BSN melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan)

Untuk jadual pembayaran BKM 2022 boleh klik artikel dibawah;

ARTIKEL BERKAITAN:Jom Semak Jumlah Bayaran BKM 2022 Mengikut Kategori & Syarat Kelayakan Penerima

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran bantuan Keluarga Malaysia sila rujuk lampiran soalan lazim menerusi laman web berikut bkm.hasil.gov.my

ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Semak Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 Bermula Mac Ini

ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Ini Mungkin Berita Baik Buat Golongan Bujang Dan Belia

Salma Syahbuddin