BLACKPINK Duet Bersama Dua Lipa, Peminat Kpop Pastinya Teruja

Sebut sahaja Kpop pasti ramai anak muda Malaysia menjadikan kumpulan ini sebagai idola mereka tidak kisahlah dari segi fesyen, makeup, tarian dan sebagainya.

Kumpulan yang popular menerusi lagu Ddu-DU Ddu-DU ini sekali lagi bakal mencetuskan fenomena apabila dapat berkolaborasi bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Dua Lipa. 

 

Terbaru, Dua Lipa juga dilihat telah memuat naik twitter mengumumkan bakal menjalankan kolaborasi ini bersama Blackpink. Dan, beliau juga sangat teruja mengumumkan tentang projek terbaharunya itu.

Lagu berjudul Kiss And Make Up ini akan dimuatkan dalam album terbaru beliau. Dan, Dua turut menggunakan namanya sendiri sebagai judul album terbabit.

Lagu ini dipercayai diilhamkan selepas Dua Lipa dan BLACKPINK bertemu dalam satu sesi di Seoul sewaktu penyanyi New Rules itu menjayakan konsert nya di sana. 

Salma Syahbuddin