“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Aktres jelita Ruhainies meluahkan rasa teruja selepas dimaklumkan dirinya bakal bergandingan bersama aktor Nazim Othman buat kali pertama dalam sebuah naskhah.

Menurut Ruhainies, pada awalnya dia berasa gementar dan ragu-ragu terhadap kemampuan Nazim untuk membawa watak komedi kerana ia berbeza dengan karakter yang pernah ditonjolkan sebelum ini.

“Sebelum ni kami ada terserempak beberapa kali sahaja sewaktu event sepanjang saya tujuh tahun dalam industri ni.

“Mula-mula saya nervous juga dan terfikir boleh ke Nazim ni bawa cerita kelakar sebab saya tak pernah nampak pun dalam drama yang dia bawa. Kebanyakannya watak serious dan T20.

“Tapi benda tu yang buat saya lebih excited sebab benda tu something new yang dia nak buat. So, bila di set penggambaran Sorry Naik Lori, saya tengok dia bawa karakter tu, dia memang boleh bawa sebenarnya.

“Itulah yang dinamakan pelakon, if kita rasa tak boleh, sebenarnya kita boleh. Cuma, kita kena study la sikit,” katanya.

Tidak sukar untuk Ruhainies mencipta keserasian dengan pelakon lelaki itu kerana sikap positifnya yang mudah memberi kerjasama.

“Bila first day di set memang kita dah dapat chemistry tu. Dia sangat helpful, dia kawan yang sangat baik dan senang nak bekerja dengan dia. Saya tak rasa kekok walaupun first time sebab dia sangat friendly dan baik dengan semua orang.

“Dia tak memilih kawan, dia tak pandang sisi orang tu macam mana, dia sangat positif. Bila di set pun dia bawa positive vibe tu dekat semua orang. So saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan dia,” jelasnya.

Malah, Ruhainies sudah bersedia sekiranya ‘dikenen-kenenkan’ oleh peminat dengan Nazim kerana keserasian yang ditonjolkan menerusi drama tersebut.

“I am ready for it, saya okay je bila orang nak kenenkan sebab peminat hanya kenenkan dan tak paksa kita kahwin pun,” katanya.

Selain Ruhainies dan Nazim, drama arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini juga turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Sheila Mambo, Nafiz Muaz, Tajul, Ahmad Saffuan dan Phirdaus Khardini.

Orang ramai boleh menonton drama ini secara strim menerusi platform iQIYI bermula 4 November.

Fatin Nurain