Categories: HiburanSelebriti

Bridal Shower Nelydia Senrose Meriah

Perkongsian dari adik-beradik dan keluarga ketika menghadiri majlis Bridal Shower yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara semalam rata-rata mencuri perhatian netizen.

Mana taknya, bakal pengantin ini kelihatan semakin berseri-seri dengan pakain berona putih dan solekan yang cukup ringkas.

Bagi Nelydia Senrose, 24, beliau bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dan berharap agar majlis yang diadakan nanti berjalan dengan lancar dan diberkati. 

Antara kelibat yang dapat dilihat sempena meraikan bakal pengantin ialah, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose, Aprena Manrose, Oktovia Manrose dan ramai lagi.

Sumber : Instagram @uqashasenrose

Meriah sungguh majlis Bridal Shower ni kan?

Dengan menggunakan hashtag myotherhafezfnel, Nelydia berkata majlis itu sebenarnya bertujuan meraikan adik-beardik dan teman baiknya pada acara minum petang.

Apapun, kami di Xtra mendoakan agar semuanya dipermudahkan. Nanti kalau kahwin jangan lupa jemput tau!

Salma Syahbuddin