Categories: familuv

Selamatkah produk pelindung matahari untuk bayi?

Memandangkan kini negara kita dilanda musim panas yang ketara, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat perlindungan sewajarnya daripada pancaran cahaya matahari.

Tahukah anda? Sesetengah formula produk pelindung matahari yang dihasilkan khas untuk bayi pun belum tentu selamat!

Seorang ibu berkongsi pengalamannya bagi memberi amaran kepada ibu bapa lain mengenai bagaimana produk pelindung matahari jenis semburan sebenarnya boleh mengancam keselamatan si pemakai.

Menurut entrinya di laman Facebook, Rebecca Cannon menceritakan pengalamannya menggunakan produk pelindung sinaran matahari dengan SPF 50 Broad Spectrum Kids pada anaknya Kyla, 14 bulan.

Walaupun ia dipasarkan sebagai produk yang selamat untuk bayi berumur enam bulan ke atas, produk ini nampaknya meninggalkan kesan sampingan yang teruk.

Muka Kayla habis melecur dan bengkak tetapi nasib baik kesannya tidak berpanjangan.

“Tolong periksa betul-betul apabila anda menggunakan penyembur pelindung matahari!” Tulis Rebecca di laman Facebook.

“Saya sudahpun membuat banyak kajian sejak pulang dari hospital dan rupa-rupanya ada banyak kes lain yang serupa dengan kes anak saya. Entah kenapa produk ini tidak ditarik balik penjualannya.”

Jadi berhati-hatilah! Apabila memilih produk pelindung matahari untuk anak anda, ikuti panduan berikut:

1. Pilih produk dengan SPF 30 ke atas dan yang mampu melindung daripada sinar ultra ungu B dan A

Pada hari panas, si kecil perlu dilindungi daripada sinaran ultra ungu A dan B. Sinaran A boleh mempercepatkan penuaan kulit, manakala sinaran B boleh melecurkannya.

Secara amnya, produk SPF 30 dikira memadai untuk kanak-kanak tetapi jika anak anda berkulit cerah, dia patut dipakaikan produk dengan SPF 50.

2. Pilih produk yang mengandungi zink oksida atau titanium oksida

Bahan-bahan ini kedengarannya seperti aneh, tetapi dalam hal ini, ramuan inilah yang paling selamat. Bagaimanapun, elakkan memakai produk yang mengandungi oxybenzone dan retinyl palmitate. Rujuk kepada doktor mengenai betapa bahaya bahan kimia.

Foto: Houston Chronicle

3. Pastikan pelindung matahari yang dipilih bertekstur lembut

Jangan gunakan produk melekit yang mungkin akan menyebabkan keradangan pada kulit anak. Pilih produk yang tidak meninggalkan kesan. Bagaimanapun, produk yang berbau atau berwarna tidak semestinya akan menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif.

Cara menggunakan produk pelindung matahari untuk kanak-kanak.

  • Sapukan 15 ke 30 minit sebelum mereka keluar rumah.
  • Sapu dengan banyak dan jangan abaikan bahagian kulit yang terlindung – di belakang lutut, telinga, bahagian mata, leher dan kulit kepala.
  • Jangan lupa untuk memakai produk lagi sekali seperti yang diarahkan bertujuan mengelakkan kulit terbakar. Sapu semula pada kulit setiap dua jam apabila berada di bawah cahaya matahari atau selepas kurang daripada tempoh itu jika mereka berenang.
  • Ingat! Produk kalis air pun lama kelamaan akan tertanggal.
  • Jika anda menggunakan produk jenis semburan, tutup muka anak anda ketika menyembur. Jika boleh, arahkannya untuk menahan nafas seketika.

Sumber: TheAsianParent, Facebook Rebecca Cannon

Ad Ops