Lama Kena Tinggal Pergi Umrah, Netizen Sebak Tengok Gelagat Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Anak kedua kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lyla Amina mencuri perhatian netizen apabila menangis melihat bapanya pulang setelah ‘hilang’ beberapa minggu kerana menunaikan umrah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Lyla yang seperti baru bangun tidur terus menangis apabila disapa Awal.

Dalam video tersebut juga, Lyla terus memeluk bapanya sambil menangis seakan-akan melepaskan rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” ujarnya di kapsyen.

Pada masa sama, Awal turut bergenang air mata apabila melihat anaknya sedih.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sharifah Shahira dan Sherry Alhadad turut sebak melihat reaksi Lyla.

“Lama pendam rindu.

“Ala.. sampai acik pon nangis ni.

“Dia mesti sedih sebab lama cari Daddy. Fikir kena tinggal, tengok-tengok dapat jumpa lagi,” komen netizen.

Maya Basir