“Mana Suami Nabila?” – Isteri Berangkat Tunai Umrah, Netizen Persoal Keberadaan Engku Emran

Suami kepada usahwan selebriti Noor Nabila, Engku Emran meraih perhatian dalam kalangan netizen gara-gara kelibatnya yang tidak kelihatan ketika isteri dan anak tirinya, Jebat Jayden berangkat untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi video yang tular di TikTok, keberadaan Emran terus mencetuskan tanda tanya biarpun sewaktu anak dan isterinya sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Namun, kebanyakan warganet turut memuji kehadiran pelakon Sharnaaz Ahmad selaku bekas suami Nabila yang turut mengiringi anaknya sebelum mereka berangkat ke Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Family Man Sangat” – Gelagat Sharnaaz Ahmad Iring Jebat & Nabila Tunai Umrah Raih Pujian

@lofa.redland Family man sangat daddy, ustaz haris & sharnaz😍😍 #neelofa #nunha #lofafamily #umrah2023 #fypage ♬ Family – The Chainsmokers & Kygo

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengharapkan keberadaan Emran di sana.

Terdahulu, Nabila dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.Suami kepada usahwan selebriti Noor Nabila, Engku Emran meraih perhatian dalam kalangan netizen gara-gara kelibatnya yang tidak kelihatan ketika isteri dan anak tirinya, Jebat Jayden berangkat untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi video yang tular di TikTok, keberadaan Emran terus mencetuskan tanda tanya biarpun sewaktu anak dan isterinya sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Namun, kebanyakan warganet turut memuji kehadiran pelakon Sharnaaz Ahmad selaku bekas suami Nabila yang turut mengiringi anaknya sebelum mereka berangkat ke Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Family Man Sangat” – Gelagat Sharnaaz Ahmad Iring Jebat & Nabila Tunai Umrah Raih Pujian

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengharapkan keberadaan Emran di sana.

Terdahulu, Nabila dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Fatin Nurain