Aedy Ashraf Kongsi Video Tumbuk Muka Hafidz Roshdi, Netizen Puas Hati!

Kisah pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu melalui panggilan telefon heboh diperkatakan ramai, baru-baru ini.

Terbaharu, perkongsian pelakon Aedy Ashraf yang memuat naik video dirinya menumbuk wajah Hafidz bertubi-tubi di gelanggang tinju menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Hafidz terduduk di gelanggang selepas ditumbuk dan berdarah di bahagian mulutnya.

“Mana yang geram tu tengok puas-puas,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai berpuas hati dengan tumbukan yang dilepaskan dan netizen beranggapan tumbukan Aedy itu melambangkan rasa ‘geram’ orang ramai yang terkesan dengan kontroversi perceraian Hafidz.

“Thank you Aedy tumbuk bagi pihak kami yang tak berkesempatan tumbuk muka dia.

“Betul banyak kali tengok ni. Puas!

“Memahami perasaan netizen sangat ni Dy,” komen netizen.

Maya Basir