Buat Lawak Dapat Jadi Bodyguard PM Sehingga Netizen Label B*doh… Ini Respons Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel sudah terkenal dengan membuat lawak yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Terkini, dia memuatnaik foto perbualan di hantaran Instagram miliknya yang kononnya Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkannya pekerjaan.

“Hai Aeril. Hebat la awak ni. Awak bila jatuh akan bangkit 10 kali lebih kuat. Awak sangat pertahankan cinta awak. Saya nak lantik awak jadi bodyguard saya,” tulisnya di perbualan tersebut.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, hantaran tersebut sudah dipadam oleh Aeril.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan lawak tersebut.

Namun, ada juga yang menyatakan kurang senang dengan lawak itu sehingga dirinya digelar bodoh.

“Alahai bodohnya lawak rempit ni.

“Biadapnya. Di buat main-main nya PM baru kita ni,” kata netizen.

Kemudian, Aeril tampil memberi respon bahawa ia hanya sekadar gurauan.

“Ala macam ni pun nak marah,” ujarnya.

Maya Basir