Buat Video Sedih Berarak, Berkaki Ayam Tanda Sokong Palestin, Aliff Syukri Dikecam ‘Eksploit’ Ira Kazar Promosi Tudung

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi hangat menjadi perbualan di media sosial selepas menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang direjam zionist tanpa belas kasihan.

Menerusi muat naik dikongsikan di Instagram miliknya, video tersebut memaparkan Aliff bersama isteri pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan beberapa individu lain sedang berarak berbaki ayam sambil memegang bendera Palestin dan Malaysia.

Wajah mereka juga menunjukkan reaksi sedih seakan terkesan dengan nasib menimpa Palestin yang berhadapan tragedi menyayat hati di mana mereka dibunuh, serta dibom oleh tentera Israel.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA wajah Ira acap kali dipaparkan dalam video tersebut menununjukkan corak tudung produk usahawan itu yang bertukar-tukar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa bahawa Aliff secara halus mempromosikan produk keluaran tudungnya yang digayakan oleh Ira, meskipun memuat naik video menunjukkan sokongan kepada peperangan Palestiin.

Ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa berang terhadap usahawan tersebut yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti terutamanya atas penderitaan yang dialami oleh mangsa terkorban Palestin kerana membuat promosi untuk menjual produk tudungnya.

Aliff memilih untuk berdiam diri dan tidak mengendahkan segala kritikan-kritikan netizen itu.

Artikel Berkaitan: Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Artikel Berkaitan: “Mak Bapak Aku Kau Jangan Main!” – Individu Komen Celupar, Meerqeen Hilang Sabar! Bertegas Tak Nak ‘Menunjuk’ Ada Beri Bantuan Pada Palestin

Aqilah Paharuzi