“Mak Bapak Aku Kau Jangan Main!” – Individu Komen Celupar, Meerqeen Hilang Sabar! Bertegas Tak Nak ‘Menunjuk’ Ada Beri Bantuan Pada Palestin

Pelakon sensasi, Meerqeen membidas komen individu mulut celupar yang tanpa berlapik memetik soal halal haram dalam rezeki serta menyebut tentang ibu bapa aktor itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Meerqeen atau nama lengkapnya Shameer Shauqeen berang melepaskan emosi marahnya terhadap individu berkenaan yang dikatakan melampau kerana bermain tentang ‘ibu bapa’.

“Bodoh la anjing Israel ni, goyang! Memang rezeki kau bagi makan mak ayah kau dari Israel bukan Allah. Type Palestin free Palestin apa ke langsung tak ada.

“Bro, rezeki kau tu dari Tuhan. Kau yakin rezeki kau ada dan takut rezeki hilang asbab lain selain Allah, hilang sepertiga agama bro,” tulis individu berkenaan.

“Mak bapak aku kau jangan main anjing! Tak akan pernah sekali aku tunduk dengan manusia, kau ingat tu!,” bidas Meerqeen.

Berdasarkan muat naik lain di IGs, aktor drama popular Melur Untuk Firdaus ini menegaskan dia tidak perlu menunjuk-menunjuk mengenai perkara yang dilakukannya kepada rakyat Palestin yang direjam zionist semata-mata untuk memuaskan hati manusia.

“Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin. Aku tak perlu tunjuk pun bantuan apa yang aku bagi pada mereka untuk senangkan hati manusia-manusia lain.

“Cukup aku seorang Muslin untuk orang di Palestin. Pemberian aku ikhlas. Berhenti menunding jari pada orang!,” selarnya.

Sebelum ini, nama Meerqeen menjadi sebutan ramai di media sosial selepas dianggap tidak menunjukkan solidariti atau sokongan kepada Palestin secara terbuka kerana bimbang hilang kerjasama bersama jenama-jenama antarabangsa.

Meerqeen kemudian memuat naik kenyataan di Instagram namun perkongsian itu dikritik netizen gara-gara tidak menyebut Palestin dan bersifat ‘general’.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Ciapan Label Orang Lain Munafik, Netizen Petik Semula Video Meerqeen Jawab Isu Jumpa Gal Gadot

Artikel Berkaitan: “Bayangkan Kau Masuk Neraka Sebab…” – Disindir Netizen Isu Palestin, Meerqeen Tampil Beri Respons

Artikel Berkaitan: Tulis Kenyataan Berbentuk ‘General’, Netizen Syak Meerqeen Takut Hilang Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa – “Langsung Tak Ada Sebut Palestin”

Aqilah Paharuzi