Bubblebee Masih Tak Jelaskan Hutang KWSP Tahun 2022 Hingga 2023? Individu Dakwa Hak Pekerja Dizalimi – “Bergaya Sana Sini, Titik Peluh Orang Tak Nak Bayar”

NNama pelawak dan usahawan Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhammad sekali lagi menjadi perhatian selepas muncul individu memuat naik hantaran kenyataan di TikTok mendakwa perniagaan Bubblebee miliknya masih tidak membayar hutang berupa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kenyataan terbuka yang dimuat naik menggunakan nama @penuntutkeadilan, hutang KWSP dari tahun 2022 sehingga 2023 masih belum lagi dilangsaikan.

“Hutang  wajib di bayar. Hutang KWSP dari tahun 2022 sehingga 2023  belum lagi dilangsaikan.

“Dekat dunia ni bolehlah terlepas tapi bukan dekat akhirat nanti,” katanya.

Sementara itu, individu tersebut juga kelihatan menitipkan pesanan dengan memetik ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah berkaitan bahaya berhutang.

“Bahaya hutang, perlu ingat nahawa ayat yang paling panjang dalam Al-Quran adalah mengenai hutang.

“Al-Baqarah, ayat 282… Jangan ambil mudah biarpun sekecil mana pun hutang tersebut boleh menghalang anda untuk masuk syurga.

“Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang-orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan hantaran berkenaan, terdapat segelintir daripada pekerja syarikat tersebut tampil mendedahkan, bahawa mereka juga terpalit dengan isu sama meskipun sebelum ini Shuib sudah menjelaskan secara terbuka mengenai masalah yang timbul.

   

Sebelum ini, pemilik akaun sama turut mendedahkan bahawa  syarikat Bubblebee culas mencarum KWSP termasuklah mendedahkan tiada transaksi yang dilakukan oleh syarikat tersebut kepada akaun pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan meskipun dinyatakan di dalam penyata gaji.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Merupakan Wake Up Call” – Isu Kelewatan Bayaran KWSP Selesai, Shuib Suntik Wajah Baharu Terhadap Perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Buat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Salma Syahbuddin