Terkejut Terima Hadiah Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri, Uyaina Arshad Nak Simpan Jadi ‘Ibu Duit’

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menerima hadiah wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa kunjungan Diraja di Media Prima, semalam.

Menerusi hantarannya di platform X, dia memberitahu terkejut diberikan hadiah wang tunai oleh Raja Permaisuri Agong selepas memaklumkan dirinya sedang hamil lima bulan.

Menurut Uyaina, dia tidak mahu menggunakan wang tersebut dan akan menyimpannya dalam akaun simpanan anaknya.

“Weh Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. But bukan untuk saya lah. Untuk baby.

“Nak simpan lah duit ni. Jadikan ibu duit supaya duit baby saya boleh beranak pinak,” ujarnya.

Di dalam video tersebut, dilihat Raja Permaisuri Agong sedang mengira wang tunai untuk diberikan kepada Uyaina.

Pada 31 Disember lalu, Uyaina memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua dan memasuki fasa trimester kedua.

Pada Mei tahun lalu, Uyaina pernah berkongsi berita dirinya sedang hamil namun mengalami keguguran tidak lama selepas itu.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia satu tahun.

Maya Basir