Tahniah! Erwin Dawson Sah Bergelar Suami Kepada Lee SuXiu

Pelakon Erwin Dawson selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Lee SuXiu Salleha di Singapura, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada Lee.

Segak berbusana serba putih, Erwin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan sendiri dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat itu.

Difahamkan, Erwin dan Lee mula berkenalan sejak 2023 dan mereka tidak meletakkan sebarang status bercinta dalam tempoh perkenalan tersebut.

Malah, Lee juga dikatakan tidak mengetahui bahawa Erwin adalah seorang pelakon yang dikenali di Malaysia dan Singapura.

Pasangan ini juga tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran.

Khairil Khusyairi