Fida Ibrahim Kini Bergelar Ibu, Selamat Timang Bayi Sulung

Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim selamat melahirkan bayi sulung pada Rabu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), berita gembira itu dimaklumkan suaminya, Shahzemir pada Khamis.

Tulisnya, Rafidah atau mesra disapa Fida itu selamat melahirkan bayi lelaki pada tengah hari Rabu.

“Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami bayi lelaki tengah hari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024.

“Syukur dan terima kasih buat semua yg sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga,” tulisnya.

Terdahulu, Fida berkongsi dia berbadan dua selepas beberapa kali mengalami keguguran

Fida sah menjadi suri hati kepada Shahzemir yang juga pengurusnya pada 6 Mei 2021 selepas 17 tahun berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gara-Gara Mengidam, Fida Ibrahim Sanggup Redah Hutan Dengan Suami Nak Pancing Ikan Tengas – “Benda ‘Rare’ Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Fida Ibrahim Naik Angin, Dedah Rumah Tangga Diganggu Individu Rapat – “Minta Maaflah, Kesian Saya Memang Tak Ada Dah”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dua Kali Keguguran, Fida Ibrahim Kini Hamil Enam Bulan

Khairil Khusyairi