Terhibur! Anak Zarina Anjoulie Desak Nak Jadi Artis, Siap Berangan Kata Ada Shooting…

Pelakon Zarina Anjoulie memberitahu didesak oleh anak lelakinya, Awangki Gabriel Martin Ezra untuk menjadi seorang artis.

Menerusi hantarannya di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkongsi perbualan bersama individu yang dipercayai pemandu anaknya ke sekolah.

Di dalam perbualan tersebut, individu itu mahukan kepastian sekiranya anaknya akan ke sekolah memandangkan dia diberitahu Martin ada penggambaran filem.

“Tadi Matin cakap dia ada shooting Jangan Pandang Belakang. Nanti confirm kan balik sekolah atau tak ya. Apa-apa roger,” tanya individu berkenaan.

Menurut Anju, Martin sering mendesaknya untuk menjadi seorang artis dan akui terhibur dengan tindakan anaknya yang terlalu berangan-angan itu.

“Martin ni hari-hari desak Anju cakap nak jadi artis macam mana. I said okay I’ll think about it.

“Mama tak sangka lah dia punya tahap manifest sampai macam ni. Korang faham tak tahap geli hati saya dengan anak saya,” ujarnya.

Maya Basir