Bucket List Tercapai, Aksi Azira Shafinaz Main Paragliding Di Switzerland Raih Tumpuan

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz tampil berkongsi momen dirinya bermain ‘paragliding’ buat pertama kali ketika bercuti di Switzerland, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, Azira telah memuat naik video ketika dia melakukan aktiviti extreme itu sekali gus menjadi tumpuan dalam kalangan peminatnya.

“First time in switzerland & first time trying paragliding #blessed,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azira turut berkongsi beberapa foto dan pemandangan sewaktu dirinya terbang menaiki paragliding itu.

“Best day ever. One more bucket list checked,” tulisnya

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya teruja melihat aksi Azira yang tenang ketika melakukan aktiviti itu.

“Bestnyaaa 😍😍😍 nak buat tapi gayat, macam mana tu.

“Omgggggg mustve been so amazing 😍😍😍.

“She flyy gaisss! Haha bestnyaaaa! Alhamdulillah rezeki you 😍😍

“Paling favourite Ja lah aktiviti macam ni sebab tu tunggu yang ni baru nak post feed kan,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain